Monday, 25 September 2017

Website Online Shopping Popular di Malaysia

Assalamualaikum..

Berjumpa lagi dalam entry kali ni. Sesuai dengan nama blog ni, trend segalanya di hujung jari semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Selain pembelian melalui website, pembeli juga boleh membeli menggunakan Smartphone/tablet kerana hampir semua website online shopping di Malaysia menawarkan aplikasi yang boleh dimuat turun dari Google Playstore/Apple App Store.

Membeli secara online memang mudah dan menyeronokkan bagi aku sebab kita boleh pilih dan bandingkan harga sebelum  membuat pembelian. Kadang-kadang untuk mengetahui kualiti sesuatu barang dengan lebih details, aku akan cari barang tersebut di pasaraya atau kedai-kedai. Bukan apa, selalunya harga di website lebih murah berbanding di kedai, so ada keraguan sikit di situ hehe..

Di sini aku senaraikan antara website online shopping yang popular di Malaysia ni dan aku sendiri mempunyai pengalaman membeli di website tersebut. 

Zalora




Lazada, 11street dan TheOneMall menjual pelbagai jenis produk yang dari pelbagai kategori termasuk kecantikan dan kesihatan, peralatan rumah, fesyen, telefon dan tablet, perkakas elektronik dan barangan rumah. 

Zalora pula lebih kepada fesyen untuk lelaki dan perempuan yang berkonsepkan online boutique. Kalau anda semua rasa malas nak ke boutique boleh lah layari Zalora untuk mendapatkan koleksi fesyen terkini. 

Kesemua website online shopping ni menyediakan kemudahan pembayaran yang mudah dan selamat. Selain itu juga, kita boleh track status parcel samada telah dihantar atau belum. Dengan adanya online shopping ni memang semuanya mudah.


Ada DUIT boleh beli! 

Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment