Assalamualaikum...
Hi semua...apa khabar? hope korang sume sihat...lately agak busy sket..sebab tu dah lame tak update blog...
hurm..hari ni nak sentuh sikit tentang bisnes online yang menggunakan sosial media macam facebook ataupun instagram..ada sebab kenapa nak sangat cakap tentang ni...aku ada join satu group niaga ni...and i think it is the worst group ever yang aku pernah join..bukan ape,dekat group tu sesuka hati diorang je nak aibkan penjual atau pembeli..kadang-kadang sebab penjual tak balas mesej pembeli after buat payment pun dah nak up post kate penjual tu penipu..padahal penjual tu tengah drive..tu belum sentuh hal kena tipu barang or scammer lg...bila berjual beli online ni,ada risiko yang perlu kita tanggung dan tolong jangan berfikiran singkat sangat....jangan ingat kita boleh aibkan orang sesuka hati..silap-silap orang yang diaibkan tu boleh failkan saman malu nanti..
kat sini aku nak highlightkan beberapa benda penting tentang jual beli online ni..
PENIPUAN
dah banyak yang kita dengar tentang scammer ni..kita sebagai pembeli kena berhati-hati sebelum membuat apa-apa pembayaran.
- selidik dulu same ada itu fake account or not..selalunya,fake account ni tak aktif post di timeline dan tak ramai friends,likes or followers.
- elakkan komunikasi hanya menerusi facebook atau instagram tapi cuba dapatkan no.telefon penjual tersebut.
- cuba baca previous post/comment di account tersebut. kadang-kadang dari situ kita dah boleh dapat bukti yang penjual itu penipu.
- selalunya penjual yang cuba menipu ni akan banyak beralasan dan mereka akan mengelak dari Cash on Delivery (COD).
- Elakkan pembelian online yang melibatkan jumlah yang besar. better pergi beli kat kedai atau pun cari penjual yang boleh COD.
- Tapi ada jugak penjual yang COD ni menipu, so kalau boleh, elakkan jumpa kat tempat sunyi atau tempat yang kita tak biasa. jumpa la kat kedai makan ke, stesen minyak ke asalkan bukan jauh dari orang ramai. Cek barang betul-betul sebelum buat pembayaran.
KEPUASAN
ini salah satu risiko yang kite perlu tanggung kalau nak beli online sebab kadang-kadang barang yang kita dapat tak sama macam dalam gambar yang kita lihat.
- Pembeli kena tanya detail tentang barang tu,terutama sekali yang melibatkan pakaian ke,kasut,bag..etc. kalau perlu, mintak gambar yang lebih jelas tentang barang tersebut.
- penjual pulak kena la mention kat gambar contohnya tentang warna mungkin berlainan dari dalam gambar. Jangan lupa letakkan ukuran saiz untuk memudahkan urusan..nanti takde la pembeli tersalah beli saiz.
- Kalau melibatkan barang original dan mahal, pastikan kita ada pengetahuan tentang keaslian barang tersebut dan mintak penjual tunjukkan gambar yang lebih detail untuk buktikan barang tu original.
- Kalau yang suka beli barang PRELOVED plak, berhati-hati sebab ada penjual yang jual barang lusuh dan pastinya gambar lebih cantik dari ape yang kita dapat.
- Sama jugak yang beli barang PREORDER, selalunya kita kena tunggu barang dalam 1-2 minggu sebab penjual kena order barang tu dulu. so pembeli kena sabar menunggu dan jangan sebab lambat sikit dah cop penjual menipu. lagi 1, penjual ni kadang-kadang tak pernah tengok pun real barang and just order, so kalau barang yang dapat tu tak memuaskan hati, settle la secara baik ok..
BACKOUT BUYER
maksudnya kat sini pembeli yang membatalkan pembelian tanpa sebarang notis atau hilang secara tiba-tiba setelah membuat pesanan. Dan lebih teruk lagi, untuk PREORDER item...penjual dah pun membeli stok atau menempah barang tersebut.
- sebagai pembeli, tolong jangan menyusahkan penjual. if tak jadi beli, bagitau penjual supaya dia boleh jualkan kepada orang lain.
- sebagai penjual plak, untuk mengelakkan backout buyer ni, letakkan syarat supaya tempoh pembayaran hendaklah dibuat dalam mase 24jam ataupun 48jam contohnya. so kalau pembeli tak buat bayaran jugak, jual je la kat orang lain.
Penipuan dan kepuasan adalah risiko utama yang aku nampak dalam jual beli online ni..so, kalau kita berani ambik risiko ni,takde masalah tuk beli online..tapi kalau tak berani dan jenis yang cerewet lebih baik jangan..beli je la kat kedai..senang nak pilih and barang pun ada depan mata..
lagi satu, jangan cepat berfikiran negatif, beri tempoh untuk menunggu penjual atau pembeli memberi respon terhadap mesej kita. jangan mudah melabelkan seseorang itu penipu dan mengaibkan mereka di media sosial. Sebelum membeli, fahami peraturan membeli dulu k...dan kepada penjual letakkan syarat membeli dan pastikan details barang diberikan supaya tidak berlaku salah faham nanti...
**Jangan lupa untuk mendapatkan TRACKING NUMBER dari penjual ye dan sila semak status barang anda....kalau yang menggunakan Pos Malaysia boleh semak di sini ya..
**Jangan lupa untuk mendapatkan TRACKING NUMBER dari penjual ye dan sila semak status barang anda....kalau yang menggunakan Pos Malaysia boleh semak di sini ya..
**p/s: Jadilah pembeli dan penjual yang bijak.. :)
terima kasih atas saran nya ya sbobet
ReplyDelete