Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan
Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai
Dalam sukar… hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang… awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya
Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Dalam diam… taburkanlah baktimu
Dalam tenang… buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu..
Hijjaz-Lukisan Alam
Hidup siapa kat dalam dunia ni yang tak pernah dilanda masalah?? Meh habaq kat sini.... Tak de warna-warni la hidup tu kalau kita tak diuji dengan dugaan kan... setiap ujian yang diberikan Allah tu ada hikmah yang tersembunyi... Cuba hayati lirik ni..
Dalam sukar… hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang… awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya
So, jangan pernah mengeluh dengan setiap ujian dari Allah sebab ujian tu tandanya Allah sayangkan kita. Allah nak kita ingat dan dekat dengan-Nya. Tapi ada sesetengah orang ni, bila ada masalah habis satu dunia tau..Mana tak nya, dah di postnya dalam Facebook tu buat ape? Belajar cara untuk atasi masalah tu dengan tenang. Aku ada terbaca satu post ni, setiap perkara buat dengan tenang dan jangan stress sebab bila stress tu la yang kita susah nak cari jalan penyelesaian. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Cuba amalkan doa ni supaya kita diberi ketenangan ketika dilanda masalah.
Aku pun pernah mengalami ujian terbesar dalam hidup bila kehilangan orang yang paling aku sayang iaitu AYAH. Orang yang paling rapat dengan kita, orang yang sentiasa dengan kita, kelmarin baru je dengar suara, esok lusa tengok ayah dah tak bernyawa. Aku orang terakhir bersama ayah dan hanya Allah yang tau perasaan aku waktu tu. Mulut tak berhenti berzikir dan hanya Allah aku ingat waktu tu dan sampai la doktor cakap ayah dah takde, aku hanya mampu berzikir je. Hikmahnya lepas ayah pergi, kami adik-beradik jadi semakin rapat dan lebih menghargai ibu. Kesedihan kehilangan dapat aku atasi bila aku bersama keluarga. Itu cara aku..So kat bawah ni ada tips aku dapat dari blog lain tentang cara nak hadapi ujian untuk dikongsikan bersama...
- Yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.
- Yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian hidup itu secara baik.
- Yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan.
- Selalulah untuk berfikir positif bahawa apa-apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.
- Yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan.
- Selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian hidup yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian hidup di luar kemampuan hamba-Nya.
- Menghadapi ujian hidup dengan usaha dan doa.
(credit to http://akuislam.com/blog/renungan/tips-menghadapi-ujian-hidup/
No comments:
Post a Comment