Bak kata pepatah, 'cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar' tapi macam mana pulak dengan cakap dalam laman sosial??? Harini kak sushi nak cakap sket la pasal laman sosial. Ala..laman sosial macam facebook, twitter, instagram.. Apa yang kak sushi tengok sekarang, laman sosial ni dah menjadi tempat orang melepaskan perasaan,kutuk mengutuk dan tempat untuk mengaibkan sesama sendiri. Bila semua orang nak bersuara, secara tak langsung benda ni boleh memecah belahkan umat islam itu sendiri. Mungkin hal ni nampak kecik, dan kita xsedar bila benda ni berlaku.
Kita boleh ambik contoh paling mudah la, antara kita dan kawan kita. Kawan ni kadang-kadang kat depan kita baik macam malaikat, rupanya kat belakang mengata kita kat laman sosial. Mungkin dia ingat kita tak tau, tapi kawan kita yang lain beritahu kita. Dah menyebabkan pergaduhan, masam muka dan tak bertegur sapa. Dalam islam berdosakan tak bertegur dalam masa 3 hari.
Zaman sekarang ni, dengan teknologi yang kita ada, semuanya tersebar dengan mudah dalam masa 1 minit je. Contoh yang kita sendiri boleh lihat sekarang, fitnah yang semakin berleluasa. Dari 1 gambar atau 1 status yang boleh diedit menggunakan software lain, disebar merata tempat dengan tujuan untuk mengaibkan orang tertentu. Inilah antara perkara yang paling menakutkan dengan teknologi zaman sekarang.
Kita kena ingat, apa yang kita buat di laman sosial diperhatikan oleh ramai orang tak kira baik mahupun jahat. Mata-mata laman sosial ni ada dimana-mana je dan semuanya boleh tersebar sekelip mata. Kita ni bukan macam zaman dulu, kalau aib tu tersebar setakat 1 kampung je, tapi sekarang, 1 dunia pun boleh tau. So, beringat la kita ni terutama kaum wanita, supaya berhati-hati menggunakan laman sosial.
No comments:
Post a Comment