Haha..tajuk pun dah macam kempen plak kan...kak sushi bukan ape, ada sebab kenapa tajuk entry ni mcm ni.. biasa la, kat sekeliling kita ni, kita jumpa ramai org yang mcm2 ragamnya.. Kita ni, kadang-kadang kena la tau hormat orang, jaga setiap tutur kata, dan yang paling penting jangan suka keluarkan perkataan yang tak elok bila bersembang or marah. Jangan hanya muka saja cantik, handsome, pandai, tapi bila marah habis perkataan b*b*, s**l,f**k and macam-macam lagi la keluar plak.. kan tak elok..hahaha,jatuh saham plak bila future husband/wife tgk.. :p
"DUA perkara penting yang sering diperingatkan Islam kepada manusia supaya menjaga dan memelihara dengan baik ialah penggunaan lidah dan tingkah laku.
Rasulullah s.a.w berpesan kepada semua orang iaitu sekiranya mereka beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka hendaklah ia mengeluarkan tutur kata yang baik, dan sekiranya tidak ada sesuatu yang baik yang hendak diperkatakannya, maka hendaklah ia berdiam diri sahaja.
Pesanan ini menekankan tentang kepentingan manusia menjaga tutur katanya supaya tidak mengucapkan sesuatu yang buruk dan menyakiti hati orang lain, kerana tutur kata yang tidak baik akan membawa kepada krisis lain yang boleh menimbulkan permusuhan, kekacauan dan ada kalanya membawa kepada pertumpahan darah dan melibatkan nyawa manusia sendiri.
Maka dengan menjaga lidah dan tutur kata, manusia akan dapat menjamin ketenteraman, perdamaian dan kesejahteraan masyarakat mereka sepanjang masa.
Dalam konteks inilah Rasulullah s.a.w berpesan supaya menjaga lidah, maka tentulah amat diharapkan bahawa manusia juga haruslah menjaga tingkah laku dan perbuatannya agar tidak mengganggu dan melampaui batas sehingga menyentuh hak dan maruah orang lain dengan perbuatan dan gerak geri fizikalnya sendiri.
Nilai dan adab yang murni ini bagaimanapun kelihatan amat terhakis di dalam masyarakat manusia pada zaman ini. Pengaruh kebendaan dan nafsu manusia yang semakin meluap-luap pada masa kini telah berjaya mengetepikan sifat sopan santun, adab susila pertuturan dan perbuatan mereka yang kelihatan semakin ganas dan berterus terang menaburkan kata-kata yang buruk, jijik, umpatan dan celaan yang melampau."- Dato' Dr Ismail bin Haji Ibrahim
Jagalah mulut anda,takut muncung macam ni plak..hehehe
|
**Peringatan untuk kamu-kamu dan diri ini juga!
No comments:
Post a Comment