Assalamualaikum..
Ni sambungan untuk cerita aku jalan-jalan di Kuantan minggu lepas. Sebelum pulang ke Seremban aku memang plan untuk singgah di Safari Park di Gambang. Di situ ada jugak waterpark tapi aku tak nak sebab tak sesuai lagi nak bawak Aleesya dan Ammar. So aku pilih Safari Park untuk kenalkan anak-anak dengan binatang. Sebelum bergerak balik dari Kuantan, aku singgah makan dekat Nasi Vanggey area Teluk Cempedak. Nasi ni famous dekat Ipoh dan aku pernah makan nasi ni memang sedap. Rasa nasi vanggey Kuantan tetap sama sedap macam Ipoh.. Huhu, gambar tak sempat ambik sebab busy layan anak-anak.
Kawasan parking memang lapang dan luas |
Perut dah kenyang baru boleh teruskan perjalanan. Masa mula-mula sampai dekat pintu gerbang Bukit Gambang perasaan agak pelik sebab selalunya tempat macam ni meriah entrancenya. Tapi lokasi untuk parking dan laluan dari parking menaiki lift agak seram bagi aku..huhu
Ini adalah kawasan yang menempatkan pelbagai jenis haiwan. Kawasan yang berumput tu ada beruang tau.. |
Aleesya memang excited la bila dapat tengok haiwan live depan mata. Kalau ada anak kecik macam aku kena la bawak stroller. Memang tak larat anak korang nak jalan atau nak dukung nanti. WILD SAVANAH merupakan tempat yang aku nak sangat pergi sebab dekat situ kita dapat tengok haiwan liar secara dekat.
Kalau bernasib baik ada la binatang yang akan jenguk korang dari tingkap tram. |
Nak pergi ke situ kita kena menaiki tram dan perlu tunggu di stesen tram. Perjalanan sepanjang menaiki tram agak mencabar sebab keadaan jalannya yang tidak rata. So warning ya untuk ibu mengandung dan ada baby 1 tahun kebawah. Memang pelbagai jenis haiwan liar kita dapat tengok dan kalau bernasib baik mungkin haiwan tu akan datang dekat tingkap tram. Tak silap perjalanan menaiki tram lebih kurang 30 minit.
Selain itu, kita juga dapat tengok show haiwan seperti harimau dan burung-burung yang jinak dan cerdik. Show ni ada waktunya dan anda boleh refer pada jadual dalam broucher yang terdapat dekat situ. Overall, pengembaraan (cewahh) ke Safari Park menyeronokkan, cuma penat sikit sebab kena banyak berjalan. Cuma pastikan anda bawak air dan makan siap-siap sebelum mulakan pengembaraan sebab masa aku pergi haritu tempat nak beli air jauh dan banyak yang tutup.
Sekarang ni tengah tengah promosi tau harga tiket untuk theme park dan safari park. Jadi jangan lepaskan peluang untuk bawa keluarga ke sana! Klik sini=>Promosi Bukit Gambang Resort City
Thank you for reading this entry!!